Blogger vs Mat Rempit



Ditanya pada anak muda itu, professionnya, mat rempit. Cukup yakin dan penuh ilmu didada bila bercakap tentang bidangnya. Dan ini komentarnya untuk blogger.

#1 Gua memang suka modified motor. Operate enjin, operate ekzos, setting sana, tukar sini. Itu belum dikira make up lagi. Baru nampak power, nampak ranggi.

Macam lu orang la blogger. Buat blog, letak macam2 plugin, tukar itu, touch up sini. Baru boleh tingkatkan performance, lain dari yang lain dan nampak profesional.

#2 Gua memang suka menunjuk2. Bila wheellie, bila wikang, orang tengok, orang tepuk. Itu satu kehebatan. Kalau orang TV datang ambik gambar, lagi gua buat2.

Macam lu orang la,ada blog mesti nak tunjuk2. Nak bagi semua orang tahu. kalau tak lu syok sendiri. Orang baca, orang komen, itu satu penghargaan.

#3 Gua memang suka kejar2 ngan polis, langgar roadblock itu biasa, langgar polis, pun biasa. Nasib tak baik kena tangkap, masuk lokap.

Lu orang pun apa kurangnya. Ada yang suka cabar polis, cabar kerajaan dan tak takut undang2. Tulis dalam blog berapi2. Silap haribulan kena tangkap, masuk lokap, masuk ISA. Tak caya lu tanya lu punya kawan Raja Petra, Syed Azidi dan ramai lagi yg kena tahan, kena saman.

#4 Jadi mat rempit dapat publisiti meluas. Boleh kalahkan juara AF. Media yang bagi nama, media yang agungkan dan media sebenarnya yang galakkan ramai anak muda jadi mat rempit. Anak muda biasalah, mana yang jahat, itu yang hebat.

Tapi lu orang pun sama juga. Sekarang orang media banyak dapat info pun dari blog. Gua tengok ada paper siap ada ruangan untuk blogger. Kadang2 blogger punya tulisan lagi hebat, lagi dasyat. Mana lu orang dapat info pun gua tak tahu. Bercakap seolah2 ada betul kat tempat kejadian. Bercerita pasal si anu seolah2 macam tinggal serumah, tidur sebantal.

#5 Merempit adalah hobi gua, macm lu lah, suka blogging. Masing2 punya minat.Ragut? hey, itu bukan mat rempit, itu mat pet.

p/s: Apapun tiada faedah menjadi mat rempit.. Blogger tak meletakkan nyawa di atas garisan. Tetapi Mat Rempit, anytime boleh mati kemalangan.. Renung2kan…
:mRempit:


Credit to:oh!tidak.com




Please give me a comment to show your supports.Thank You

Esok 090909


Salam Ramadhan.Rasa sekejap je sekarang dah masuk 18 Ramadhan.Sudah setengah bulan kita berpuasa.Tak sedar Syawal pulak in-coming.Alhamdulillah sekarang puasa ok setakat ni.Yuhuu..Boleh dapat duit raya beb.Eh sape nk bagi duit raya?Hmm.. :mThinking:

Tidak mengapa,doa-doakan la mR menang dapat duit raya dari Jojo.Dah la nak bagi duit raya kat anak Safiyyah and Isyraf.Nasib baru 2 je anak buah mR.Selamat lagi la.Tapi kezen-kezen yang ramai.adoyai..Pening kepala.~!:mPening:

Eh??Bannner ape pulak ni?Hah.. angkat tangan!!:puteh_27:(Tuh macam melambai je?)Disini mR nak menyebarkan kempen Malaysian Unite for Road Safety.Pelancaran kempen ni bermula esok 090909.Angka cantik tuh dorang pilih.Yela sempena raya ni kan bagus juga kempen macam ni dilancarkan.Harap angka kemalangan jiwa akan jadi berkurangan untuk raya tahun ni.Harap kengkawan blogger lain dapat bagi sokongan.

Korang juga boleh mencurahkan idea dalam membuat pledge untuk kempen ni.Ayuh bagi idea-idea yang kreatif korang.Sebarkan kempen ni kepada masyarakat sekeliling.Semoga banyak nyawa yang boleh diselamatkan sempena hari raya nanti.

NotaKaki:mR tahun ni raya balik Jb je.Nasib baik dekat la balik.Harap tak jem je.Huh~!

Credit to :Jojo


Please give me a comment to show your supports.Thank You

5 Tanda Lama Dah Single


Menjadi seorang yang single memang sangat seronok. Kau bebas melakukan apa saja, pergi mana nak pergi, senang kata lantak kau lah nak buat apa-apa pun. Tetapi mempunyai kebebasan seumpama ini akan merubah lelaki, biasanya bukan perubahan yang baik. Tabiat buruk seorang bujang akan segera menjadi kebiasaan dan kau akan kehilangan motivasi atau lebih teruk lagi ketajaman akal kau. Menjadi single terlalu lama adalah kitaran menurun yang menjadikan seorang lelaki itu sedih, keseorangan dan gersang.:puteh_24:

  1. Perasan semua awek suka pada kau – Bila awek lalu sebelah dan senyum kat kau mulalah perasan diri hensem, ego pon membuak-buak. Walaubagaimanapun, menjadi single untuk masa yang terlalu lama ini membuat kamu terlalu konfiden. Kau ingat awek tadi senyum sebab kau memang hensem, tapi cuma gelakkan gaya selekeh kau atau cebis cili yang terlekat dicelah digigi kau masa makan tengah hari tadi. :roll:
  2. Membina tabiat makan yang tidak elok – Sangat susah untuk seseorang itu untuk memasak dan adalah sangat mudah untuk terikut gaya makan orang bujang yang kurang sihat dan kadang-kadang menjijikkan. Jika dapur kau penuh dengan Mee Maggi atau lain-lain makanan segera sahlah kau dah lama single. Ataupun kau asyik makan kat luar je.
  3. Kau banyak sangat main games – Counterstrike? DOTA (Dunia Orang Tiada Awek)? FIFA 2009? WOW? Semuanya termasuk dalam senarai. Mengisi masa lapang kau dengan bermain games adalah salah satu pilihan baik. Mungkin bila kau dah ada awek nanti kau dah tak mahu main games lagi. Tapi kalau main games berjam-jam sampai ke pagi adalah tak elok untuk tubuh badan dan minda kau dan rosakkan peluang kau nak berawek. Siang dah tidur, malam main games, bila nak usha perempuan?
  4. Kau meluahkan perasaan dekat perempuan – Apa lagi tanda yang kau telah terlalu lama single? Kau menjawab pertanyaan kecil kawan perempuan kau seperti “Camne life skang?” dengan bebelan emosi panjang mengenai hidup single kau yang keseorangan. Makcik tukang cuci pun tahu kesian kat kau yang sedang desperate nak berawek.
  5. Kau mula stalk awek lama kau – Terima kasih kepada Internet, ringkasan hidup hampir setiap orang mudah dicari hanya dengan meng-Google nama mereka. Disuatu lewat tengah malam kau sedang menaip nama ex-girlfriend’s kau di kotak pencarian demi nak usha-usha apa dia tengah buat dengan harapan bunga cinta berputik kembali. Terbaru, dengan adanya Facebook dan Friendster lagi senanglah kau nak buat kerja stalking nie. Hey hey sudahlah, pergilah lepak mana-mana usha perempuan lain.
NotaKaki: mR boleh tolong siapa-siapa yang single tuh nak cari awek.hikhik.:mSmoking:


Please give me a comment to show your supports.Thank You

Blog Widget by LinkWithin
Copyright 2008|Design By : Riefqah.blogspot.com
ss_blog_claim=e952b21fbebb9d933a104f3674da97a8