Salam eid Mubarak





Please give me a comment to show your supports.Thank You

Unsur Design Unik Blog Peribadi

Hai semua.Hari mood untuk bekerja agak kurang.Keadaan persekitaran untuk menyambut hari raya lebih melebihi dari mood kerja.Arghh..Nak balik raya.~!

*Tension.:pandaGeli_22:

*Puas.:pandaGeli_17:

Hari ni cuba menulis sedikit artikel untuk kawan-kawan blogger lain.Cuba berkongsi pendapatan pendapat dengan semua.Macam pelik bukan?Hihi.

*Serius:pandaGeli_23:

Mula.Ada sejumlah cara di mana ini boleh dilakukan melalui gaya tulisan dan komen, tetapi juga boleh dilakukan dalam design anda. Tercantum di bawah ini adalah beberapa yang berbeza mungkin gunakan untuk pergi tentang membuat suatu design yang sedikit lebih unik.
  • Header Design. Blog entry adalah boleh dikatakan sebagai tempat terbaik untuk menjadi kreatif. Biarkan entry anda mencerminkan siapa anda. Apa hobi dan minat anda? Mengapa tidak menempatkan foto-foto mereka di header?
  • Color Scheme. Sering dalam design anda harus memilih warna berdasarkan halaman jenama dan design sebelumnya, atau untuk berpadanan dengan logo tertentu. Dengan design blog peribadi, anda memilih warna kegemaran anda. Apa yang boleh anda belajar tentang seseorang dari warna kegemaran mereka.
  • Personal Photo. Dalam blog peribadi anda, orang ingin tahu tentang anda. Tak perlu dikatakan bahawa dalam persekitaran seperti itu, menempatkan wajah untuk kata-kata pergi jauh.
  • Your Own Style. Ketika orang hanya ingin anda masuk ke blog anda, mendapatkan apa yang mereka inginkan, lalu keluar, mereka menikmati entry, minimal tampak yang membantu mereka dengan tujuan mereka. Dengan blog peribadi, para pembaca mungkin tidak akan terlepas sesuatu yang khusus, dan sehingga anda memiliki kebebasan untuk sedikit lebih kreatif (Tapi tidak terlalu banyak. Blog anda masih perlu untuk digunakan!)
  • Post Signature. Sejalan dengan menggunakan foto untuk menekankan aspek manusia blog anda, mengapa tidak meniru sifat manusia lain, tanda tangan? Tanda tangan seseorang cenderung menjadi cara yang unik untuk mengenalpasti orang. Dalam internet terhad tipografi, kita kehilangan bahawa perbezaan dalam tulisan kita. Mengapa tidak membawa kembali, dengan menambah gambar signature ke akhir posting anda seperti rojakstory?
  • Make your category lis prominent. Sekarang blog peribadi banyak dan pelbagai. Anda pernah benar-benar tahu apa yang akan anda inginkan. Dengan menempatkan keperibadian anda dengan jelas ke blog anda, anda menjernihkan beberapa kebingungan ini. Cara yang baik untuk menerangkan lebih lanjut blog anda adalah senarai kategori yang menonjol. Senarai kategori pada dasarnya adalah senarai minat anda, dan akan membantu pembaca sangat. Tentu saja, anda mungkin tidak mahu pergi ke laut dengan minat anda!
  • Playful widget. Asalkan anda jangan pergi dari atas, itu bisa menyenangkan untuk menambah sesuatu yang istimewa ke blog anda hanya kerana itu menyenangkan untuk memiliki. Contohnya, widget MyBlogLog semi-kepada kerana menempatkan wajah untuk pembaca anda, membantu dengan aspek peribadi hal. Satu atau dua dips dips tersebut ke dalam kolam yang aneh dan indah widget tidak akan menyakiti banyak tentang blog peribadi.

Kemungkinan cukup terhad.Apakah cara-cara lain yang anda boleh gunakan?

Ok.Berhenti.


Please give me a comment to show your supports.Thank You

Lagu Raya Terbaik



Isk..hari raya just around the corner.chewah~!Sekarang pun sudah ada mood hari raya.Semua orang mesti sibuk buat persiapan raya.Banyak ke sudah siap untuk raya yang akan menjelang ni.

Mesti semua orang berkobar-kobar menghitung hari hendak sambut hari raya.Tapi Raya jatuh hari apa pun belum pasti lagi.Lagi cepat lagi bagus kn.hihihi

Di Radio pun dah mendendangkan lagu raya.Korang semua dah ada lagu raya ke belum?Jum usha and download lagu raya disini.DamDamDum Bunyi Mercun..Lalala:puteh_19:



DENDANG PERANTAU - P.RAMLEE
BALIK KAMPUNG - SUDIRMAN
AIRMATA SYAWAL - SITI NURHALIZA
KEPULANGAN YANG DINANTI - AMAN SHAH
SUASANA HARI RAYA - SHARIFAH AINI
MENJELANG HARI RAYA - DJ DAVE
DOA DIHARI MULIA - UJI RASHID
SUATU DI HARI RAYA - M.NASIR
BILA TAKBIR BERGEMA - RAFEAH BUANG
DARI JAUH KU POHON MAAF - SUDIRMAN
SELAMAT BERHARI RAYA - RAHIMAH RAHIM
PULANG DI HARI RAYA - NOOR KUMALASARI
CAHAYA AIDILFITRI - BLACK DOG BONE
BERSAMA DI HARI RAYA - CENDERAWASIH
SELOKA HARI RAYA - HAIL AMIR & UJI RASHID
BERSABARLAH SAYANG - SANISAH HURI
SELAMAT HARI RAYA - SUDIRMAN
SUASANA RIANG DI HARI RAYA - JUNAIDAH M.AMIN

Notakaki: Jangan main mercun sudah ye.


Please give me a comment to show your supports.Thank You

Wanita Bertudung?



Ahlan wasahlan.Macam mana korang punya puasa setakat ni?Ada kantoi x?(aiceh..Tiba-tiba macam baik pulak.ada makna la tuh.Hikhik) Baru letak gambar perempuan ayu sikit dah berubah pulak entry mR ni.Nanti jealous pulak nA.Hikhik


Wallawey..bukan nya ape, tengok gambar kt atas tu macam ayu kan.Sejuk mata melihat.Tapi gambar sape ek?mR sendiri pun tak tau milik siapakah gambar itu(pinjam sat ek).Tidak mengapa gambar cantik elok disiarkan.Ingat nak letak gambar nA sendiri tapi terlampau cantik pulak.Payah nanti ramai yang admire.HOho.

Entry kali ni mR buat sebab mR terpilih jadi juri untuk contest wanita bertudung yang di anjurkan oleh cik Sarah.Bagus betul beliau membuat contest tu untuk menggalakkan wanita untuk bertudung.Ada hadiah tu.Lumayan beb.Korang yang tak masuk contest tu rugi r.

Susah juga nak pilih sebagai juri(baru tau jad juri susah).Kalau nak kata memang yang masuk cun-cun,cantik.Memang rambang mata la nk menilai.Tapi kalo nA masuk senang sedikit mR pilih.Confirm nA menang la.

**Terpegun**:pandaGeli_19:


Tetapi masalah nya gambar yang dihantar untuk penyertaan tidak berapa jelas.Susah untuk dinilai.Hurm...Penyertaan memang ramai.Tahniah kepada siapa yang menang nanti..Huhu Eh.Juri tak bleh menang je cik sarah?.ekekeke.

Anda Bertudung atau Freehair??Semua tu terpulang pada setiap individu sendiri. Tepuk dada tanya selera.

notakaki: Ada contest leh jemput mR lagi cik Sarah.
Sedia berkhidmat!:mSmoking:

Please give me a comment to show your supports.Thank You

Blogger vs Mat Rempit



Ditanya pada anak muda itu, professionnya, mat rempit. Cukup yakin dan penuh ilmu didada bila bercakap tentang bidangnya. Dan ini komentarnya untuk blogger.

#1 Gua memang suka modified motor. Operate enjin, operate ekzos, setting sana, tukar sini. Itu belum dikira make up lagi. Baru nampak power, nampak ranggi.

Macam lu orang la blogger. Buat blog, letak macam2 plugin, tukar itu, touch up sini. Baru boleh tingkatkan performance, lain dari yang lain dan nampak profesional.

#2 Gua memang suka menunjuk2. Bila wheellie, bila wikang, orang tengok, orang tepuk. Itu satu kehebatan. Kalau orang TV datang ambik gambar, lagi gua buat2.

Macam lu orang la,ada blog mesti nak tunjuk2. Nak bagi semua orang tahu. kalau tak lu syok sendiri. Orang baca, orang komen, itu satu penghargaan.

#3 Gua memang suka kejar2 ngan polis, langgar roadblock itu biasa, langgar polis, pun biasa. Nasib tak baik kena tangkap, masuk lokap.

Lu orang pun apa kurangnya. Ada yang suka cabar polis, cabar kerajaan dan tak takut undang2. Tulis dalam blog berapi2. Silap haribulan kena tangkap, masuk lokap, masuk ISA. Tak caya lu tanya lu punya kawan Raja Petra, Syed Azidi dan ramai lagi yg kena tahan, kena saman.

#4 Jadi mat rempit dapat publisiti meluas. Boleh kalahkan juara AF. Media yang bagi nama, media yang agungkan dan media sebenarnya yang galakkan ramai anak muda jadi mat rempit. Anak muda biasalah, mana yang jahat, itu yang hebat.

Tapi lu orang pun sama juga. Sekarang orang media banyak dapat info pun dari blog. Gua tengok ada paper siap ada ruangan untuk blogger. Kadang2 blogger punya tulisan lagi hebat, lagi dasyat. Mana lu orang dapat info pun gua tak tahu. Bercakap seolah2 ada betul kat tempat kejadian. Bercerita pasal si anu seolah2 macam tinggal serumah, tidur sebantal.

#5 Merempit adalah hobi gua, macm lu lah, suka blogging. Masing2 punya minat.Ragut? hey, itu bukan mat rempit, itu mat pet.

p/s: Apapun tiada faedah menjadi mat rempit.. Blogger tak meletakkan nyawa di atas garisan. Tetapi Mat Rempit, anytime boleh mati kemalangan.. Renung2kan…
:mRempit:


Credit to:oh!tidak.com




Please give me a comment to show your supports.Thank You

Esok 090909


Salam Ramadhan.Rasa sekejap je sekarang dah masuk 18 Ramadhan.Sudah setengah bulan kita berpuasa.Tak sedar Syawal pulak in-coming.Alhamdulillah sekarang puasa ok setakat ni.Yuhuu..Boleh dapat duit raya beb.Eh sape nk bagi duit raya?Hmm.. :mThinking:

Tidak mengapa,doa-doakan la mR menang dapat duit raya dari Jojo.Dah la nak bagi duit raya kat anak Safiyyah and Isyraf.Nasib baru 2 je anak buah mR.Selamat lagi la.Tapi kezen-kezen yang ramai.adoyai..Pening kepala.~!:mPening:

Eh??Bannner ape pulak ni?Hah.. angkat tangan!!:puteh_27:(Tuh macam melambai je?)Disini mR nak menyebarkan kempen Malaysian Unite for Road Safety.Pelancaran kempen ni bermula esok 090909.Angka cantik tuh dorang pilih.Yela sempena raya ni kan bagus juga kempen macam ni dilancarkan.Harap angka kemalangan jiwa akan jadi berkurangan untuk raya tahun ni.Harap kengkawan blogger lain dapat bagi sokongan.

Korang juga boleh mencurahkan idea dalam membuat pledge untuk kempen ni.Ayuh bagi idea-idea yang kreatif korang.Sebarkan kempen ni kepada masyarakat sekeliling.Semoga banyak nyawa yang boleh diselamatkan sempena hari raya nanti.

NotaKaki:mR tahun ni raya balik Jb je.Nasib baik dekat la balik.Harap tak jem je.Huh~!

Credit to :Jojo


Please give me a comment to show your supports.Thank You

5 Tanda Lama Dah Single


Menjadi seorang yang single memang sangat seronok. Kau bebas melakukan apa saja, pergi mana nak pergi, senang kata lantak kau lah nak buat apa-apa pun. Tetapi mempunyai kebebasan seumpama ini akan merubah lelaki, biasanya bukan perubahan yang baik. Tabiat buruk seorang bujang akan segera menjadi kebiasaan dan kau akan kehilangan motivasi atau lebih teruk lagi ketajaman akal kau. Menjadi single terlalu lama adalah kitaran menurun yang menjadikan seorang lelaki itu sedih, keseorangan dan gersang.:puteh_24:

  1. Perasan semua awek suka pada kau – Bila awek lalu sebelah dan senyum kat kau mulalah perasan diri hensem, ego pon membuak-buak. Walaubagaimanapun, menjadi single untuk masa yang terlalu lama ini membuat kamu terlalu konfiden. Kau ingat awek tadi senyum sebab kau memang hensem, tapi cuma gelakkan gaya selekeh kau atau cebis cili yang terlekat dicelah digigi kau masa makan tengah hari tadi. :roll:
  2. Membina tabiat makan yang tidak elok – Sangat susah untuk seseorang itu untuk memasak dan adalah sangat mudah untuk terikut gaya makan orang bujang yang kurang sihat dan kadang-kadang menjijikkan. Jika dapur kau penuh dengan Mee Maggi atau lain-lain makanan segera sahlah kau dah lama single. Ataupun kau asyik makan kat luar je.
  3. Kau banyak sangat main games – Counterstrike? DOTA (Dunia Orang Tiada Awek)? FIFA 2009? WOW? Semuanya termasuk dalam senarai. Mengisi masa lapang kau dengan bermain games adalah salah satu pilihan baik. Mungkin bila kau dah ada awek nanti kau dah tak mahu main games lagi. Tapi kalau main games berjam-jam sampai ke pagi adalah tak elok untuk tubuh badan dan minda kau dan rosakkan peluang kau nak berawek. Siang dah tidur, malam main games, bila nak usha perempuan?
  4. Kau meluahkan perasaan dekat perempuan – Apa lagi tanda yang kau telah terlalu lama single? Kau menjawab pertanyaan kecil kawan perempuan kau seperti “Camne life skang?” dengan bebelan emosi panjang mengenai hidup single kau yang keseorangan. Makcik tukang cuci pun tahu kesian kat kau yang sedang desperate nak berawek.
  5. Kau mula stalk awek lama kau – Terima kasih kepada Internet, ringkasan hidup hampir setiap orang mudah dicari hanya dengan meng-Google nama mereka. Disuatu lewat tengah malam kau sedang menaip nama ex-girlfriend’s kau di kotak pencarian demi nak usha-usha apa dia tengah buat dengan harapan bunga cinta berputik kembali. Terbaru, dengan adanya Facebook dan Friendster lagi senanglah kau nak buat kerja stalking nie. Hey hey sudahlah, pergilah lepak mana-mana usha perempuan lain.
NotaKaki: mR boleh tolong siapa-siapa yang single tuh nak cari awek.hikhik.:mSmoking:


Please give me a comment to show your supports.Thank You

Blog Widget by LinkWithin
Copyright 2008|Design By : Riefqah.blogspot.com
ss_blog_claim=e952b21fbebb9d933a104f3674da97a8