Pergi nya Seorang Sahabat

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati”.

Surah ‘Ali Imran ayat 180
Semalam mR dikejutkan dengan berita kematian seorang kawan mR melalui sms.Sms dihantar oleh anak saudara arwah.Memang mengejutkan mR.Mungkin arwah dah pesan awal-awal kepada anak saudara supaya memberitahu sekira nye arwah dijemput Illahi dahulu.

Memang kematian tidak mengenal usia.Sesiapa je boleh dijemput menghadap Allah s.w.t.Arwah baru menjangkau usia 20an.Banyak lagi impian yang arwah belum capai dalam hayatnya.Arwah juga tidak sempat menjalani pembedahan jantung yang telah dirancang beberapa hari lagi.Sedih.Mungkin Allah tidak mahu arwah lebih lama menderita.Allah Maha Besar.Semua kuasa ada padaNya.

mR bedoa agar roh arwah tenang dan termasuk dalam golongan orang-orang yang beriman disisi Nya.Semoga dosa-dosa arwah dan dosa-dosa kami yang masih hidup pada arwah di ampunkan.Amin

Dari bumilah Kami ciptakan kamu, dan ke dalamnya Kami akan menggembalikan kamu dan daripadanya pula Kami akan mengeluarkan kamu sekali lagi”.

Surah Thaahaa ayat 5.


Blog Widget by LinkWithin
Copyright 2008|Design By : Riefqah.blogspot.com
ss_blog_claim=e952b21fbebb9d933a104f3674da97a8