Kelmarin mR dapat berita dari kampung kematian yai(atok lelaki) sebelah abah kerana "cardial failure".mR pun xtau sakit ape.Tak sempat lagi tanya mak dengan abah.Memang menyedihkan.Inilah 1st time mR rasa sedih kehilangan ahli keluarga.Amat sedih.Arwah yai meninggal di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.Jam 5.35 petang.
Alhamdulillah.
Semalam arwah yai selamat dikebumikan dengan selamat dan sempurna.Semuanya berjalan dengan lancar tanpa gangguan.Terima kasih kepada semua yang sudi datang menziarahi.Semoga arwah yai diletakkan dalam golongan orang-orang yang beriman dan sentiasa berada di sisi Yang Maha Esa.
Amin.Al-Fatihah.
"Dari-Nya kita datang dan Dari-Nya jua kita kembali".