Selamat tahun Baru Hijrah 1430

Hari berganti hari,bulan berganti bulan kini tahun berganti tahun.Sedar tak sedar kini kita dah masuk ke tahun baru Islam.Mungkin ramai yang tidak perasan kita telah beralih ke tahun yang baru ini mungkin kerana tiada sambutan besar-besaran yang dilakukan.Mungkin lebih ramai yang menanti tahun baru 2009.

Kemunculan bulan Muharam pada tahun ini bermakna umat Islam telah memasuki tahun baru Hijrah 1430. Mengingati peristiwa hijrah ini ia sebenarnya mengandungi pengertian dan pengajaran yang amat luas. Ada satu persepsi yang kurang tepat, pada saat menyambut tahun baru Muharam. Dalam tahun baru kita menyambutnya dengan kegembiraan sedangkan jika kita lihat sejarah Nabi Muhammad s.a.w. tahun baru Islam itu merujuk kepada perjalanan Nabi s.a.w. dari Mekah menuju Madinah atau yang dikenali dengan hijrah.


Hijrah bukanlah satu tanda kemenangan kaum Muslim dan di samping kita merayakan Maal Hijrah dan detik bermulanya keagungan Islam ini, jangan kita lupa peristiwa pengorbanan luar biasa oleh kaum Muhajirin dan Ansar. Kaum Muhajirin mengorbankan dan meninggalkan segala yang mereka miliki untuk menjaga kesucian iman. Manakala kaum Ansar berkorban dengan penuh keikhlasan dalam membantu saudara- saudaranya kaum Muhajirin. Bagaimana teguh dan eratnya tali persaudaraan antara mereka (Muhajirin dan Ansar). Perayaan seperti ini diharapkan boleh mengingatkan kita kepada sejarah perjuangan dan pengorbanan yang besar dan bersejarah itu.


Hijrah merupakan perintah ilahiah. Dan tahun Islam mengingatkan kaum muslim bahawa pada setiap tahun bukan terhadap kemenangan, tetapi banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan dan menyiapkan untuk melakukan pengorbanan yang sama seperti yang dilakukan oleh kaum Muhajirin dan Ansar itu. Iman, hijrah dan jihad adalah trilogi perjalanan hidup Rasulullah dan para sahabat. Trilogi tersebut diabadikan dalam al-Quran pada surah al-Baqarah ayat 218: Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.


Sejarah mencatatkan bahawa peristiwa hijrah ini amat besar ertinya bagi perjuangan Rasulullah khususnya, dan umumnya kepada seluruh umat Islam. Peristiwa ini juga bertujuan merubah strategi perjuangan Nabi s.a.w. dalam menegakkan syiar Islam. Di bawah panji-panji Islam kaum Muhajirin dan Ansar membangun persaudaraan sejati, membangun masyarakat Madani di bawah pimpinan Rasulullah.


Pada yang menyambutnya mR hendak ucapkan Salam Maal Hijrah 1430.Semoga maal hijrah kali ni memberikan kita lebih keberkatan dalam menegakkan dan memelihara Islam dalam diri kita.Semoga juga kita dapat berubah kepada yang lebih baik dengan nawaitu yang baik.InsyaAllah.mR nak mengucapkan

:s::e::l::a::m::a::t: :t::a::h::u::n: :b::a::r::u: :h::i::j::r::a::h: :1::4::3::0:

Di sini juga mR hendak memanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana memberikan ibubapa yang prihatin dan mithali terhadap anak-anak.Semasa entri ini di tulis bonda dan ayahanda mR baru saje pulang dari menyambut Maal Hijrah di Kota Tinggi.Di situ Bonda dan Ayahanda telah di calonkan sebagai IbuBapa Mithali 2008.Tahniah mR ucapkan kerana ayahanda dan bonda sudah banyak berkorban selama ini.Dan pengorbanan mereka wajar di iktiraf dengan kejayaan mendidik anak-anak.Semoga ayahanda dan bonda lebih tabah pada tahun baru ini.

Hj Othman & Hjh Rahmah


Sijil Penghargaan Ibu Bapa Mithali 2008


:pandaGeli_01:
-Salam Hijrah 1430-

Blog Widget by LinkWithin
Copyright 2008|Design By : Riefqah.blogspot.com
ss_blog_claim=e952b21fbebb9d933a104f3674da97a8